KUALA LUMPUR 22 Ogos – Ketika jutaan umat Islam di negara ini merayakan Aidiladha di kampung halaman masing-masing, warga asing pula memenuhi lokasi awam di ibu negara. Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa lokasi tumpuan seperti Pasar Seni, Jalan Tunku Abdul Rahman, Dataran Merdeka hari ini mendapati rata-rata mereka adalah warga Indonesia, Myanmar, Nepal dan Bangladesh yang mengambil kesempatan sempena cuti umum Hari Raya Aidiladha untuk mengunjungi tempat-tempat menarik di sini…










