[VIDEO] Tiada laporan diterima pemandu bas dipukul - Utusan Malaysia

[VIDEO] Tiada laporan diterima pemandu bas dipukul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Ogos- Polis tidak menerima sebarang laporan daripada pemandu bas Rapid KL berhubung dakwaan dipukul beberapa individu selepas melanggar tujuh buah kenderaan di Jalan Ampang dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner, Shaharuddin Abdullah berkata, buat masa ini pihaknya menjalankan siasatan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Ujian air kencing telah dihantar ke makmal forensik untuk dianalisis.

Memuatkan artikel berkaitan…

”Jika didapati positif kita akan menghantar kertas siasatan untuk proses pendakwaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jihad Memerangi Dadah di Perumahan Awam Sri Selangor di sini hari ini.

Semalam, pemandu bas berusia 32 tahun itu direman empat hari sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan.

Kelmarin, sebuah video tular dalam media sosial menunjukkan seorang penunggang motosikal mengejar sebuah bas henti-henti yang dilihat berada dalam keadaan laju dan dipandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan.

Kejadian berlaku di persimpangan jalan di Ampang apabila bas berkenaan merempuh sebuah kereta dan mengakibatkan kereta terbabit melanggar gerai burger miliknya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN