KUALA LUMPUR 26 Ogos – Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad tetap mengambil tindakan terhadap Presiden Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Gerakan Muslimah Islam Malaysia (GMIM), Wan Asshima Kamaruddin kerana memfitnahnya.
Ujarnya, meskipun Wan Asshima telah membuat kenyataan permohonan maaf kerana mengaibkan dirinya dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berhubung dakwaan penganjuran pesta gay di ibu negara semalam.
“Namun, saya tetap akan bertemunya di Mahkamah kerana saya rasa dia bukan mengaibkan saya tetapi menfitnah saya,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penyerahan Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan di Ibu pejabat Polis Daerah, Dang Wangi di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE
Video oleh NURUL IZZATI KAMARULZAMAN











