[VIDEO] Tempahan baju Jalur Gemilang meningkat lima kali ganda - Utusan Malaysia

[VIDEO] Tempahan baju Jalur Gemilang meningkat lima kali ganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Siapa sangka bulan kemerdekaan tahun ini memberi rezeki berganda kepada tukang jahit Amirah Nabilah Mohd Amrani, 27, apabila baju Jalur Gemilang jahitannya mendapat permintaan ramai.

Malah dia tidak menang tangan untuk menyiapkan segala tempahan sehingga terpaksa tutup kedai jahitannya sementara waktu selama dua bulan memandangkan dia perlu menjahitnya seorang diri.

Menurut Amirah Nabilah, dia menerima lima kali ganda tempahan berbanding tahun sebelumnya yang hanya 20 pasang perlu disiapkan.

Memuatkan artikel berkaitan…
amirah layan pelanggan tempahan baju
AMIRAH NABILAH MOHD AMRANI melayan pelanggannya dalam memastikan baju yang ditempah selesa dan sesuai seperti mana yang ditempah.-UTUSAN ONLINE

“Saya bermula menjahit baju Jalur Gemilang ini sejak 2016 memandangkan ada tempahan daripada pelanggan saya, namun apabila orang sudah tahu menerusi laman media sosial tempahan yang diterima semakin meningkat.

“Tempahan yang saya terima bermula umur enam bulan hingga dewasa namun kebanyakkan yang saya terima adalah untuk baju kanak-kanak dengan pelbagai rekaan antaranya cheong sam, baju Melayu, dan baju kurung,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Amirah Nabilah yang mula menjahit sejak kecil lagi memberitahu, dia mampu menyiapkan lima hingga sepuluh pasang baju setiap hari dan baju yang dihasilkan mengikut peringkat tempahan.

Katanya, baju yang siap dihasilkan akan di hantar melalui kiriman pos memandangkan menerima tempahan dari seluruh Malaysia terutama di Johor, Sabah dan Melaka.

“Baju ini saya jual dengan harga serendah bermula RM50 dan harga berbeza mengikut rekaan yang dipilih,” ujar ibu kepada dua anak ini.

AMIRAH TEMPAHAN BAJU JAUR GEMILANG
AMIRAH NABILAH MOHD AMRANI tekun menyiapkan tempahan yang diterima an akan dihantar melalui kiriman pos.-UTUSAN ONLINE

Sementara itu, pelanggannya, Yusma Laily Mohd Yusof, 35, memberitahu, ini merupakan kali kedua dia menempah baju Jalur Gemilang memandangkan dia seronok melihat anaknya memakai pakaian berkenaan selain mampu memupuk semangat patriotik dalam kalangan generasi muda.

“Menerusi pemakaian baju jalur gemilang ini kita mampu memupuk semangat kemerdekaan kepada mereka secara halus dan pemakaian seperti ini unik kerana mampu menjadi contoh kepada kanak-kanak lain,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN