PUTRAJAYA 8 Ogos – Sebanyak 17 pengawal keselamatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dibawa dengan menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Mahkamah Majistret di sini hari ini. Mereka dibawa oleh SPRM bagi mendapatkan perintah reman untuk membantu siasatan penyelewengan wang jutaan ringgit dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Kesemua lelaki itu dibawa dengan menaiki bas ke Mahkamah Majistret di sini hari ini tiba pada pukul 9.15 pagi. Suspek-suspek ditahan…










