[VIDEO] Restoran Raj Banana Leaf dibuka semula, ikrar jadi lebih baik - Utusan Malaysia

[VIDEO] Restoran Raj Banana Leaf dibuka semula, ikrar jadi lebih baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Selepas ditutup hampir tiga bulan ekoran penularan video menunjukkan kakitangannya membasuh pinggan mangkuk dengan air lopak, Restoran Raj Banana Leaf di Bangsar kembali beroperasi semalam.

Mengambil iktibar daripada kejadian yang menyebabkan lesen perniagaannya dibatalkan, pemiliknya, RBL (Bangsar) Sdn. Bhd. telah melakukan penambaikan menyeluruh terhadap kesemua lima cawangan restoran berkenaan bermula dengan premisnya di Bangsar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Urusannya, Muhamad Rizal Abdul Rahman berkata, pihaknya juga telah menjenamakan semula rangkaian restorannya dengan menggunakan Restoran RBL Banana Leaf bagi menyampaikan mesej bahawa mereka telah berubah menjadi lebih baik dan dalam masa mengekalkan keaslian menu yang ditawarkan sebelum ini.

Muhamad Rizal menambah, pihaknya melakukan semua itu sebagai penghargaan kepada sokongan moral pelanggan-pelanggan setianya serta pihak berwajib kerana memberikan restoran tersebut peluang kedua.

“Insiden tempoh hari telah banyak memberi pengajaran dan keinsafan kepada kami.

“Saya mewakili pihak pengurusan sekali lagi memohon ribuan kemaafan atas apa yang terjadi dan ingin mengucapkan jutaan penghargaan atas peluang yang diberi oleh para pelanggan dan pihak berwajib,” kata beliau kepada Utusan Online hari ini.

Dalam pertemuan petang tadi Muhamad Rizal turut menunjukkan kepada Utusan Online penambahbaikan yang telah dilakukan terhadap restoran ini.

Paling utama, pihak pengurusan RBL kini memastikan setiap pekerja yang diambil mendapat latihan Yang secukupnya bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.

Pihak pengurusan juga telah melaburkan sejumlah modal untuk membeli sebuah mesin pencuci pinggan mangkuk berkualiti tinggi untuk menjamin tahap kebersihan peralatan yang digunakan di restoran ini.

Pada Mei lalu, Restoran Raj Banana Leaf menjadi perhatian apabila tular dalam media sosial video berdurasi 29 saat menunjukkan beberapa pekerja restoran itu mencuci bekas makanan di kawasan lopak air di luar permis tersebut.

Pengguna laman sosial yang menyaksikan video tersebut melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pekerja terbabit.

Kesan daripada itu, restoran berkenaan telah dikenakan tindakan tutup serta merta dan pembatalan lesen perniagaan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×