PUTRAJAYA 30 Ogos – Kementerian Kewangan bersetuju untuk meningkatkan nilai ambang (threshold value) yang dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bagi semua restoran, kedai makanan dan kedai kopi di negara ini kepada RM1.5 juta setahun. Menterinya, Lim Guan Eng berkata, peningkatan itu adalah berbanding nilai RM500,000 yang ditetapkan sebelum ini. Beliau bagaimanapun menegaskan, peningkatan nilai ambang itu adalah yang terakhir akan diberikan oleh kementerian. “Selepas mendapat maklum balas daripada pelbagai…









