KULIM 30 Ogos – Empat lelaki penjenayah warganegara Vietnam mati dalam satu kejadian berbalas tembakan berhampiran Plaza Tol Lunas Lebuh Raya Butterworth-Kulim awal pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, empat lelaki dipercayai Geng Tebuk yang berusia 20 sehingga 30-an mati ditembak sepasukan anggota dari Cawangan Jenayah Berat (D9) dan (D4) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah bersama anggota Ibu pejabat…










