[VIDEO] Plaza Tol Bukit Raja rosak akibat ribut - Utusan Malaysia

[VIDEO] Plaza Tol Bukit Raja rosak akibat ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 24 Ogos – Plaza Tol Bukit Raja rosak apabila sebahagian besar bumbung, palang dan papan tanda diterbangkan ribut dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ekoran kejadian ribut itu, plaza tol tersebut ditutup kepada semua kenderaan bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi memberitahu, ribut menerbangkan bumbung, pondok tol, palang dan papan tanda di plaza tol berkenaan tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

“Kejadian tersebut menyebabkan  sisa yang diterbangkan ribut bertaburan di atas lebuh raya dan kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan segera pihak kami

“Sehubungan itu plaza tol ditutup kepada semua kenderaan di kedua-dua arah. Pengguna daripada Klang dan Shah Alam perlu mencari laluan alternatif,” katanya di sini malam ini.

Menurutnya lagi, pengguna boleh melayari twitter@plustrafik bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung penutupan plaza tol tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini