SETIU 7 Ogos -Salah seekor daripada kumpulan gajah liar yang menimbulkan kebimbangan penduduk Kampung Pelong, di sini berjaya ditangkap oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu hari ini dan dipindahkan ke habitat baharu di Tasik Kenyir. Pengarah Jabatan Perhilitan negeri, Rahmah Ilias berkata, operasi pemindahan gajah jantan seberat tiga tan yang berusia 10 tahun itu, bermula dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari dengan dibantu oleh…










