KUALA LUMPUR 23 Ogos – Bagi mengimbau dan menghidupkan kembali sejarah pengorbanan yang dilakukan Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya, Nabi Ismail, Badan Keluarga Utusan Melayu (BKUM) dengan kerjasama Surau Al-Huda hari ini menyembelih enam ekor lembu bagi diagihkan kepada kakitangan yang memerlukan. Bertempat di ibu pejabat Kumpulan Utusan, majlis korban yang telah diadakan sejak lebih 30 tahun lalu itu bermula seawal pukul 7.30 pagi melibatkan sebanyak 65 kakitangan yang terdiri…










