PASIR PUTEH 29 Ogos – Lebih 200 penduduk Kampung Haji Wan Omar, dekat sini, berpiket secara aman membantah tindakan Pejabat Tanah dan Jajahan (PTJ) Pasir Puteh yang didakwa menukar status tapak padang bola awam kepada lot pembangunan. Mereka berhimpun di padang tersebut pada pukul 10 pagi dengan mengangkat sepanduk dan mengumpul batu penanda lot sebagai simbolik bantahan. Wakil penduduk kampung itu, Che Awang Ismail, 53, berkata, penduduk kecewa dengan langkah…










