KUALA LUMPUR 17 Ogos – Pemandu bas RapidKL yang merempuh tujuh kenderaan di Jalan Ampang, dekat sini semalam disahkan positif dadah jenis methamphetamin.
|
PEMANDU bas.
|
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kejadian tersebut disiasat dua kontinjen kerana melibatkan kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) dan 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saya difahamkan tangkapan akan dibuat Ibu pejabat Polis Daerah Ampang Jaya.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Pemandu tersebut berusia 32 tahun dan dia berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian semalam,” katanya selepas majlis pelancaran Operasi Rondaan Cegah Jenayah Khas Melibatkan Pelatih PULAPOL, Kuala Lumpur dan Perasmian Pondok Bit Polis Bantuan KLCC di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











