GARISSA 24 Ogos- Suasana menjadi tidak terkawal apabila sekumpulan pelarian mula merempuh pintu utama selesai upacara penyembelihan korban di kem Blok B, Kem Pelarian Daadab, Kenya di sini.

Mereka menyerbu masuk dengan membawa parang bagi membuat sendiri agihan daging korban tersebut.
“Kini keselamatan anda semua lebih penting dan harus segera beredar.

“Naik kenderaan dan tutup tingkap” tegas Abdullah Abdi Ahmad yang bertanggungjawab mengiringi kumpulan sukarelawan EZ Qurban.
Hari ini sebanyak 30 ekor lembu korban disembelih di kem pelarian tersebut yang diamanahkan oleh rakyat Malaysia melalui EZ Qurban.

Eksekutif Operasi EZ Qurban, Amir Zahari menyerahkan agihan lembu korban tersebut dan disudahi dengan penyembelihan oleh pelarian Somalia, Umar Sumali kira-kira pukul 2 petang. – UTUSAN ONLINE
Video oleh Mohd. Naim Aziz











