NAIROBI 23 Ogos – Pasukan sukarelawan EZ Qurban tiba di bandar Garissa di sini hari ini selepas menempuh perjalanan selama 17 jam dari Dar Ess Salam, Tanzania semalam.
Memuatkan artikel berkaitan…
Video oleh MOHD NAIM AZIZ
Pasukan yang dalam misi menyempurnakan ibadah korban sumbangan rakyat Malaysia, akan ke Daadab esok.
Di Daadab yang menempatkan kem pelarian terbesar, pasukan akan sekali lagi melaksanakan ibadah korban selepas menyempurnakan ibadah tersebut di Tanzania semalam.
Di sini, pasukan sukarelawan yang diketuai Eksekutif Operasi EZ Qurban, Amir Zahari dijangka berdepan tugas sukar selain berhadapan cuaca panas.
Semalam, di Tanzania pasukan EZ Qurban dibantu rakyat tempatan menyembelih sebanyak 50 ekor lembu hasil sumbangan rakyat Malaysia. – UTUSAN ONLINE











