[VIDEO] Kedai emas dirompak rugi RM300,000 - Utusan Malaysia

[VIDEO] Kedai emas dirompak rugi RM300,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Sebuah kedai emas kerugian RM300,000 selepas dirompak dua lelaki bersenjatakan objek menyerupai pistol dan tukul besi di dalam sebuah pasar raya di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.50 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika kejadian, terdapat dua pekerja di dalam kedai dan suspek telah mengacukan pistol serta meminta mereka menyerahkan barang kemas di ruang pameran.

“Suspek keluar dari kedai bersama barangan kemas kira-kira seminit selepas itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zani, siasatan di luar tempat letak motosikal kawasan berkenaan juga telah menemukan tukul besi yang dipercayai digunakan suspek sewaktu kejadian.

Tambahnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata secara berkumpulan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN