[VIDEO] Hospital Pakar Puteri cipta Jalur Gemilang gergasi - Utusan Malaysia

[VIDEO] Hospital Pakar Puteri cipta Jalur Gemilang gergasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 29 Ogos – Kakitangan Hospital Pakar Puteri di sini hari ini berjaya menyiapkan Jalur Gemilang gergasi berukuran 2.4 meter panjang dan 4.8 lebar dihasilkan daripada botol plastik sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Hospital Pakar Puteri, Haliza Khalid berkata, usaha tersebut dimulakan sejak dua minggu lalu dengan menggunakan 500 botol plastik kitar semula.

“Usaha ini melibatkan semua kakitangan daripada jururawat hingga pentadbiran pihak hospital selain mewujudkan kesedaran sayangi Malaysia dengan menyelamatkan alam sekitar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada awalnya kita mengumpul 1,702 botol plastik kitar semula untuk mencipta bendera gergasi tetapi selepas itu hanya 500 botol plastik dipakai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Pelancaran Bendera Gergasi Malaysia Tangani Plastik di hospital tersebut di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini