[VIDEO] Daim dalang halang Anwar? - Utusan Malaysia

[VIDEO] Daim dalang halang Anwar?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Ogos – Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin didakwa menjadi dalang dalam usaha menghalang Pre­siden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri.

Abdullah Sani Abdul Hamid

Calon Majlis Pimpinan Pusat PKR yang juga Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, beliau mempunyai bukti bagi menyokong dakwaan itu serta bersedia mengemukakannya jika diminta berbuat demikian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berpandukan kepada setiap kenyataan yang dibuat Daim dan ini mencerminkan campur tangan yang cukup luar biasa.

“Campur tangan itu sebenarnya memberi isyarat bahawa beliau memperlekehkan Anwar yang bakal menjadi Perdana Menteri kelapan,” kata­nya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan mempunyai rancangan menghalang peralihan kuasa daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Anwar seperti yang dipersetujui dalam Pakatan Harapan (PH).


Video oleh NUR ANIS FARHANA ABD MALEK

Sehubungan itu, Abdullah Sani memberitahu, beliau terpaksa memberi sokongan kepada Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sebagai langkah memperkukuhkan kedudukan Anwar.

“Saya lihat pengorbanan Rafizi dan komitmennya yang menjurus kepada agenda reformasi sebagai tuntutan rakyat,” jelasnya.

Sementara itu, bercakap kepada Utusan Malaysia di sini hari ini, Abdullah Sani berkata:

“Itu tanda-tanda campur tangan mereka dalam parti. Ini menyebabkan saya tidak boleh menerima hal ini kerana ia mewujudkan persoalan negatif dalam kalangan ahli-ahli PKR. Campur tangan itu penyebab utama menghalang Anwar menjadi Perdana Menteri,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN