KUALA LUMPUR 27 Ogos – Kerajaan kemungkinan akan meneruskan usaha untuk memperkenalkan cukai soda ke atas minuman berkarbonat bagi menampung hasil kerajaan. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, menerusi cukai berkenaan kerajaan akan memberi mesej kepada rakyat bahawa pengambilan berlebihan minuman itu akan memberi kesan terhadap kesihatan. “Kita akan lihat semula dan sekiranya perkara itu menarik dan berbaloi kerajaan akan teruskan. “Langkah itu tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah…










