[VIDEO] Bekas KP MEIO, Datuk Hasanah direman lima hari - Utusan Malaysia

[VIDEO] Bekas KP MEIO, Datuk Hasanah direman lima hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 29 Ogos – Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna wang peruntukan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Memuatkan artikel berkaitan…

Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah itu sehingga Ahad ini.

Terdahulu, Hasanah tiba pada pukul 9.08 pagi dengan pakaian reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tangan bergari.

Semalam dia ditahan kerana disyaki turut terlibat bersama tujuh Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) termasuk timbalan ketua pengarah bergelar Datuk kerana menyalahgunakan wang tersebut untuk tujuan peribadi.

Hasanah ditahan pada pukul 4.45 petang selepas hadir untuk memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya.

Mahkamah Majistret di sini semalam juga mengeluarkan perintah reman selama lima hari bermula hari ini sehingga Sabtu ini terhadap tujuh pegawai PTD berkenaan.

Menurut sumber, kesemua suspek masing-masing menjawat Gred 44 sehingga Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) B dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN