KUALA LUMPUR 17 Ogos – Pelawak terkenal, Achey yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-32 hari ini dikejutkan dengan pemberian hadiah paling istimewa daripada isterinya, Nor Hasanah Yahya atau Anne. Menerusi entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Achey atau nama Mohd. Nasir Hamzah berkongsi video memaparkan hadiah yang diberikan oleh sehingga mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet yang menontonnya. “Jujurnya, saya langsung tak ingat mengenai sambutan hari jadi…










