LONDON – Pemandu Red Bull, Max Verstappen (gambar kecil) tidak yakin pasukannya mampu menjadi pesaing hebat dalam perebutan gelaran juara dunia Formula Satu (F1) pada musim 2019 biarpun bertukar kepada enjin Honda. Kegagalan Red Bull untuk merapatkan jurang saingan dengan Ferrari dan Mercedes menjadi faktor kepada pasukan tersebut tidak lagi bekerjasama dengan Renault, sebaliknya memilih unit kuasa daripada pengeluar Jepun. Bagaimanapun, seorang lagi pemandu Red Bull, Daniel Ricciardo memilih terus…










