UTM jalin kerjasama dengan OK Blockchain - Utusan Malaysia

UTM jalin kerjasama dengan OK Blockchain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI 20 Ogos – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan OK Blockchain Centre Sdn. Bhd. (OBC) dalam bidang penyelidikan dan pembangunan teknologi Blockchain.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UTM, Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail berkata, pihaknya berbesar hati menjalin kerjasama dengan syarikat teknologi yang berpusat di Jepun itu.

“Kerjasama ini bukan sahaja akan menguntungkan penuntut UTM, malah rakyat secara amnya.

“Blockchain ini merupakan satu teknologi yang direka bagi menghalang penipuan dalam transaksi digital,” katanya pada majlis MoU yang diadakan di Medini 9, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif OBC, Gen Matsuda; Ketua Pegawai Eksekutif OKWAVE, Kaneto Kanemoto. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN