IPOH – Kemelut yang dihadapi Unit Tahfiz Al-Quran di Pusat Pendidikan Al Barakah selesai selepas pemiliknya, Datuk Mohd. Kazim Elias hari ini secara rasmi menyerahkan sepenuhnya pengurusan kepada Pusat Pengajian Al-Ulya. Majlis penyerahan Unit Tahfiz itu diadakan di Dewan Annuar Mat Taib, Manjoi di sini disaksikan 100 pelajar tahfiz selain hampir 500 pelajar Pengajian Pondok Al Barakah. Mohd. Kazim atau lebih dikenali Ustaz Kazim berkata, Pusat Pendidikan Al Barakah akan…










