PONTIAN 6 Ogos – Semua lapisan masyarakat diminta meningkatkan kesedaran dan menjaga kebersihan di kediaman dan premis masing-masing bagi membanteras penularan penyakit berjangkit seperti demam denggi. Penyelaras Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (Combi) Kampung Dalam, Nasir Abd. Ghani berkata, kerjasama daripada semua pihak perlu bagi memastikan membendung kes demam denggi seperti yang dilaporkan pada awal tahun ini. Selain itu, sekiranya ada penduduk khususnya ahli keluarga yang mengalami demam berpanjangan,…










