KUALA LUMPUR – Penuntut institusi pengajian tinggi tempatan dipelawa menyertai pertandingan seni lukis Usaha Tegas Heritage sekali gus merebut peluang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM8,000. Pertandingan anjuran Usaha Tegas Sdn. Bhd. (UTSB) itu terbahagi kepada liga kategori iaitu minyak atau akrilik; warna air; arang, pensil, dakwat atau pastel minyak; cetakan serta media campuran. Pengarah UTSB, Maureen Toh berkata, pertandingan yang kini masuk tahun ke-19 penganjurannya itu menjadikan budaya…










