UPM cipta teknologi penyerap getaran struktur - Utusan Malaysia

UPM cipta teknologi penyerap getaran struktur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Sekumpulan penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya mencipta teknologi penyerap getaran struktur bagi membantu mengelak risiko kemalangan gempa bumi.

Penyelidiknya, Profesor Madya Ir. Dr. Farzad Hejazi berkata, teknologi itu dihasilkan bagi membantu membina struktur bangunan yang lebih selamat dan dapat menyelamatkan nyawa pada sesuatu keadaan seperti gempa bumi.

“Teknologi ini boleh digunakan di pelbagai jenis bangunan serta mampu berfungsi dalam lingkungan keamatan gempa bumi berbeza bagi melindungi bangunan tersebut daripada getaran permukaan tanah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Fungsi teknologi ini bukan sahaja terhad kepada penggunaan untuk bangunan malah boleh juga digunakan pada jambatan, kenderaan, mesin, jeti, jalan kereta api atau apa sahaja struktur yang terdedah kepada getaran.” katanya dalam sidang akhbar di UPM dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan dan Usahawan, Wan Suraya Mohd. Radzi dan Naib Canselor UPM, Profesor Datin Paduka Datuk Dr. Aini Ideris. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini