Untung bersih RHB Bank RM1.16 bilion - Utusan Malaysia

Untung bersih RHB Bank RM1.16 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Keuntungan bersih RHB Bank Bhd. bagi separuh pertama berakhir 30 Jun 2018 melonjak kepada RM1.16 bilion, 16 peratus lebih tinggi dalam tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Urusan RHB Banking Group, Datuk Khairussaleh Ramli berkata, peningkatan pendapatan itu dipacu pendapatan pembiayaan bersih yang tinggi dan pertumbuhan pendapatan bukan berasaskan dana.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pendapatan berasaskan pembiayaan bersih meningkat sebanyak 10 peratus kepada RM2.48 bilion disokong peningkatan dalam pinjaman dan pengurusan kos pembiayaan yang lebih efisyen,” katanya ketika membentangkan keputusan kewa­ngan RHB Bank di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Caption; Dari kiri, Pengarah Urusan RHB Banking Group, Datuk Khairussaleh Ramli dan Ketua Pegawai Kewangan RHB Banking Group, Syed Ahmad Taufik Albar pada majlis pengumuman keputusan kewa­ngan RHB Bank bagi separuh pertama 2018 di Kuala Lumpur hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini