IPOH 17 Ogos – Menuntut pengajian dalam bidang profesional seperti perubatan dan farmasi sambil mengikuti program menghafaz al-Quran di institusi pengajian tinggi, merupakan satu kelebihan buat mahasiswa. Ia mengimbau kesinambungan zaman keagungan tamadun Islam yang melahirkan tokoh-tokoh ilmuwan perubatan dan intelektual Islam yang terkenal seperti Ibnu Sina, Al-Razi,Jabir Ibnu Hayyan, Al-Zahrawi dan Al-Kindi. Di Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP), para pelajar berpeluang mengikuti Program Huffaz Profesional…










