LAWATAN. Warga Sekolah Tahfiz Rendah Islam As Sofa, Seremban, Negeri Sembilan berbangga apabila dikunjungi ulama Maghribi iaitu Pengarah Kuliah al-Quran dan Qiraat Universiti Qarawiyyin, Dr. Khalid Saqi dan rakannya, Pengarah Kerusi Imam Ahmad ibn Idris universiti berkenaan, Dr. Hassan Ammari. Dalam lawatannya itu, Khalid sempat memberikan beberapa nasihat kepada penghafal al-Quran supaya lebih tabah dalam menghabiskan hafalan. “Tidak ada yang lebih tinggi kedudukannya di sisi Allah melainkan hafiz Quran kerana…