Ugut peminjam : Ah Long direman 3 hari bantu siasatan - Utusan Malaysia

Ugut peminjam : Ah Long direman 3 hari bantu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 14 Ogos – Mahkamah Majistret di sini hari ini, membenarkan seorang pemuda dipercayai ah long direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes melakukan ugutan terhadap peminjam di Jalan Menggris, Petra Jaya di sini pada Jun lalu.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Syukri Mokhtar terhadap suspek berusia 30-an.

Suspek yang direman sehingga Jumaat ini disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, sumber memberitahu, suspek ditangkap di Jalan Hup Ke di sini, kira-kira pukul 2.10 petang semalam.

Beliau berkata, difahamkan suspek bersama seorang rakannya didakwa telah datang ke rumah peminjam bagi menagih hutang.

“Suspek sudah beberapa kali datang ke rumah mangsa untuk menagih hutang sehingga memaksa peminjam yang tidak tahan diugut itu membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan diri dan keluarga.

“Susulan laporan itu, polis telah menahan lelaki terbabit yang dipercayai suspek utama dalam kes ugutan berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN