TVET bakal berwajah baharu, penuhi keperluan Revolusi Industri 4.0 - Utusan Malaysia

TVET bakal berwajah baharu, penuhi keperluan Revolusi Industri 4.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM – Kementerian Sumber Manusia kini dalam peringkat akhir penyediaan kertas kerja berhubung transformasi yang akan dilakukan dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Menterinya, Datuk Mahfuz Omar berkata,  penyiapan kertas kerja bersama Kementerian Pendidikan itu akan merumuskan transformasi yang perlu dilakukan termasuk mengenal pasti setiap permasalahan untuk melaksanakan proses tersebut. 

“TVET dalam wajah dan fasa baharu itu akan memberi penekanan kepada cabaran IR 4.0 yang menepati keperluan semasa khususnya keperluan industri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Pusat Pembangunan Kemahiran Industri dan Pengurusan Kedah (Kismec) 2 di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) di sini hari ini.

Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin berkenan berangkat menyempurnakan majis perasmian berkenaan.

Menurut Mahfuz,  pihaknya juga akan melakukan perbincangan dengan banyak pihak termasuk Kismec untuk menambah baik lagi  perancangan berhubung transformasi itu sebelum ia dibawa ke Kabinet.

“Kita berharap kertas kerja dan semua perbincangan ini akan diselesaikan dalam tahun ini juga untuk pelaksanaan,” jelasnya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini