Turun harga barang dahulu sebelum hapuskan BR1M - Utusan Malaysia

Turun harga barang dahulu sebelum hapuskan BR1M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran menurunkan harga barang terlebih dahulu sebelum menghapuskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) atau dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup, kata Senator Dr. Mohd Nor Manuty.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Harga barang mesti diturunkan terlebih dahulu supaya mereka (rakyat) tidak sengsara kerana pendapatan yang sedikit dan mengalami kemiskinan yang berterusan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Anggota Dewan Negara itu mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dilaporkan berkata pentadbirannya berhasrat mengurangkan BR1M secara berperingkat sebelum dihentikan sepenuhnya.

Mohd Nor berkata, dalam masa yang sama kerajaan juga harus menyediakan prasarana yang lebih kondusif agar tidak membebankan golongan kurang berkemampuan terutamanya dalam kalangan penerima bantuan tersebut.

Mengulas lanjut, Mohd Nor berkata, beliau bersetuju dengan pendapat Perdana Menteri bahawa tidak selamanya rakyat perlu diberikan bantuan atau diistilahkan sebagai ‘tongkat’.

Katanya jika negara ingin mencapai status negara maju, kemiskinan harus dikurangkan namun rakyat tidak sepatutnya hanya berharap kepada bantuan kerajaan semata-mata. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini