ALOR SETAR – Kerajaan bersedia memberi kelonggaran kepada pengusaha restoran untuk menggaji tukang masak asing bagi tujuan penyediaan hidangan yang berbentuk tradisi dari satu-satu negara sekiranya perlu. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, ini kerana pihaknya faham bahawa ada sesetengah masakan yang bukan makanan tradisi negara ini, perlu dimasak oleh tukang masak asal dari sesebuah negara bagi mengekalkan keaslian dan rasanya. “Contohnya kalau pergi restoran makanan India, mereka…










