Tujuh tahun tunggu, Kaka Azraff tak kecewa - Utusan Malaysia

Tujuh tahun tunggu, Kaka Azraff tak kecewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA 19 Ogos – Penyanyi Kaka Azraff bakal mengeluarkan album sulung yang dijangka akan menemui peminat pada awal tahun hadapan.

Menurut penyanyi lagu Sibuk itu, dia tidak perlu terburu-buru untuk menghasilkan sebuah album biarpun pembabitannya dalam industri muzik sudah mencecah tujuh tahun.

Mementingkan kualiti berbanding kuantiti, Kaka langsung tidak berkecil hati meskipun proses untuk memiliki sebuah album agak lambat berbanding rakan artis seangkatannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya percaya pada rezeki. Kalau lambat pasti akan ada yang lagi bagus menanti saya.

“Alhamdulillah, album pertama ini baru 20 peratus siap dan saya jangka akan siap pada awal tahun hadapan.

“Album ini akan diisi dengan tujuh buah lagu baharu termasuklah single Sibuk. Lagu-lagu sebelum ini tidak akan dimuatkan dalam album ini sebab saya nak tonjolkan sisi baru dalam diri Kaka kepada peminat.

“Lagu-lagu dalam album baharu kelak akan membawa pendengar lebih mengenali siapa Kaka Azraff kerans ia memang ada kaitan dengan saya,” katanya ketika ditemui di Siaran Luar Suria Bersama Mydin di Mydin USJ, semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN