Tubuh syarikat air baharu - MB - Utusan Malaysia

Tubuh syarikat air baharu – MB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI 13 Ogos – Kerajaan negeri merancang untuk menubuhkan syarikat air Johor yang baharu dalam usaha untuk memastikan tarif air di negeri ini dapat dikawal.

Slug : MB JOHOR BARUJohor - JOHOR BAHRU,12 MEI 2018 - DATUK OSMAN
DATUK OSMAN SAPIAN

Cadangan penubuhan syarikat itu dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Osman Sapian yang berpendapat menubuhkan syarikat baharu adalah lebih baik daripada membeli saham SAJ Ranhill.

Ini kerana, katanya, kerajaan negeri sudah mempunyai 20 peratus saham dalam syarikat tersebut, tetapi tiada keuntungan yang dibuat.

“Saham SAJ Ranhill sudah jatuh. Jadi, kalau kita tengok satu syarikat yang tiada keuntungan siapa nak beli? Selain itu ia dimiliki sebuah syarikat besar yang lain dan jika mereka tak tawar nak beli macam mana kita nak beli,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini sebentar tadi.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ayub Jamil (BN-Rengit) yang bertanyakan sama ada kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk membeli saham SAJ Ranhill dalam usaha memastikan rakyat dapat menikmati tarif air yang rendah.

Osman (PH-Kempas) berkata, jika dibandingkan dengan negeri lain, tarif air di Johor adalah yang tertinggi dan beliau berasa dukacita dan bersimpati melihat keadaan itu.

“Jadi, untuk cari jalan keluar, kita cadang tubuh syarikat air Johor yang baharu. Kita ada kemahiran dan kemampuan, jadi, buat apa nak beli syarikat yang sebegitu, lebih baik buat syarikat baharu…itu pemikiran saya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN