JOHOR BAHRU 17 Ogos – Kerajaan negeri bercadang mewujudkan satu sistem pangkalan data atau database untuk memantau program yang dijalankan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutamanya aktiviti mengumpul dana dan derma. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung berkata, menerusi sistem pangkalan data tersebut, NGO-NGO akan disenaraikan dalam satu laman web yang turut diwujudkan. “Kita bukan hendak berprasangka buruk terhadap mereka (NGO) tetapi boleh menimbulkan keraguan apabila NGO-NGO…










