WASHINGTON 28 Ogos – Presiden Donald Trump tanpa mengemukakan bukti menuduh enjin carian Google menyembunyikan liputan `adil media’ tentang dirinya dan akan bertindak terhadap pihak tersebut. Menerusi Twitter, Trump berkata, keputusan carian Google untuk `Trump News’ hanya menunjukkan laporan kenyataannya tentang berita media palsu. “Mereka telah memanipulasinya. Saya dan yang lain,’’ katanya. Beliau turut menyalahkan Google kerana melakukan tindakan bahaya dan menyekat suara politik konservatif. “Ini adalah situasi amat serius…










