WASHINGTON 21 Ogos – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata beliau ‘berkemungkinan besar’ bertemu sekali lagi dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un sambil mempertahankan kejayaan usahanya meyakinkan negara komunis itu supaya menghentikan program senjata nuklearnya. Dalam wawancara dengan agensi berita Reuters semalam, Trump percaya Korea Utara sudah mengambil beberapa langkah spesifik untuk menghentikan program nuklear biarpun timbul banyak keraguan mengenai kesediaan Jong-un untuk melepaskan program tersebut. Trump mengadakan sidang…










