TRIO pelumba Malaysia di Kejohanan Endurance Dunia (WEC), Jazeman Jaafar, Weiron Tan dan Nabil Jeffri menaiki podium buat julung-julung kalinya selepas mendapat tempat kedua dalam perlumbaan 6 Hours of Silverstone Kelas Prototaip Le Mans 2 (LMP2) di Litar Silverstone, England kelmarin. Jazeman, Nabil dan Weiron daripada pasukan Jackie Chan DC Racing X Jota mengakhiri perlumbaan di belakang rakan sepasukan – Stephane Richelmi, Gabriel Aubry, Ho-Pin Tung yang mendapat tempat pertama…










