PALEMBANG – Trio boling lelaki negara – Rafiq Ismail, Timmy Tan Chye Chern dan Ahmad Muaz Mohd Fishol – bangkit daripada kedudukan ke-10 pada blok pertama untuk merangkul pingat perak acara berkenaan pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, hari ini. Trio Malaysia itu mencatat 4,235 jatuhan pin di Pusat Boling Jakabaring di sini, untuk mempertahankan pingat perak acara tersebut. Skuad negara ketinggalan 109 mata di belakang trio Jepun – Tomoyuki Sasaki, Shogo…










