JAKARTA 23 Ogos – Trio boling lelaki negara meraih pingat perak Sukan Asia 2018 di Pusat Boling Kompleks Sukan Jakabaring, Palembang, sebentar tadi. Malaysia meraih pingat perak selepas mengumpul 4235 jatuhan pin manakala pingat emas menjadi milik trio Jepun dengan 4344 jatuhan pin. Pingat gangsa milik trio Singapura dengan 4226 jatuhan pin. – UTUSAN ONLINE









