TreLeaf Mart buka cawangan ke-12  - Utusan Malaysia

TreLeaf Mart buka cawangan ke-12 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG – Pasar raya tempatan yang terkenal dengan tawaran harga rendah di negeri ini, TreLeaf Mart, terus melebarkan sayap perniagaan menerusi pembukaan rasmi cawangan terbaharunya di Kampung Rhu Renggeh, Rusila di sini hari ini.

Pengarah Urusan TreLeaf Mart Sdn. Bhd., Kweh Soo Teong berkata, pasar raya terbaharu itu merupakan cawangan ke-12 yang dibuka dengan membabitkan peruntukan hampir RM1 juta.

“Lokasi ini dipilih setelah meneliti sosio ekonomi dan demografik penduduk dalam radius lima kilometer.

Memuatkan artikel berkaitan…

“TreLeaf Mart menawarkan pelbagai barangan keperluan harian termasuk produk segar seperti ayam, ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran pada harga yang berpatutan sekali gus dapat membantu meringankan beban pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Pembukaan TreLeaf Mart Rusila (TM12) yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri Terengganu, Mohd. Nurkhuzaini Abdul Rahman di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN