Trafik perlahan di beberapa lebuh raya - Utusan Malaysia

Trafik perlahan di beberapa lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan mula bergerak perlahan setakat pukul 6.00 petang ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurucakap PLUS Malaysia Bhd. berkata, aliran trafik dilaporkan perlahan di beberapa kawasan di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di bahagian utara menghala ke selatan iaitu Changkat Jering ke Kuala Kangsar sebelum Terowong Menora ke Jelutong dan Ipoh ke Simpang Pulai.

“Turut dilaporkan perlahan menghala ke selatan ialah di Bidor ke Sungkai, Persimpangan Nilai ke Southville City, Pedas Linggi ke Port Dickson dan Simpang Renggam ke Sedenak .

“Trafik di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) menuju ke Singapura dan sebaliknya juga dilaporkan sesak,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik dilaporkan perlahan di di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK).

“Trafik bergerak perlahan dari Plaza Tol Gombak ke Pantai Timur berikutan pertambahan jumlah kenderaan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Keadaan ini berlaku dipercayai berikutan ramai pihak sudah mula bersiap-siap untuk menyambut Hari Raya Haji yang jatuh pada Rabu ini.

Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 bagaimanapun dilaporkan lancar di kedua-dua arah.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN