MANCHESTER 28 Ogos – Kempen awal musim Manchester United semakin buruk apabila tewas buat kali kedua berturut-turut kali ini kepada Tottenham Hotspur di laman sendiri awal hari ini. Selepas tewas kepada Brighton 1-2 minggu lalu di laman lawan, skuad bimbingan Jose Mourinho yang sedang bergelut dengan masalah benteng pertahanan yang rapuh mencatat kekalahan lebih teruk iaitu 0-3 di Old Trafford. Dua gol menerusi Lucas Moura dan satu daripada Harry Kane…










