JEMPOL 14 Ogos – Pekebun kecil dan penoreh di daerah ini yang bergantung hidup kepada hasil getah mengeluh ekoran harga komoditi itu yang terus menjunam sehingga RM1.90 sekilogram ketika ini. Rata-rata mereka tertekan kerana memperoleh pendapatan antara RM700 hingga RM1,000 sebulan dan tidak ada tanda-tanda harga getah akan kembali stabil dalam masa terdekat. Seorang penoreh, Syaari Rahmat, 34, berkata, pendapatannya tidak menentu dan kadangkala hanya meraih RM100 setiap kali menoreh…










