Tolong, bukan drama cinta! - Utusan Malaysia

Tolong, bukan drama cinta!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RASANYA bukan seorang dua yang teruja menantikan drama baharu lakonan Janna Nick, Leftenan Zana. Kalau tengok persediaan dan proses penggambaran memang sungguh mengujakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mana tidaknya, jarang-jarang sekali kita dihidangkan dengan drama yang mengangkat ketenteraan sebagai tema sebuah drama. Bukan apa, melihat trend drama sekarang, memang boleh geleng kepala.

Rasanya cukup-cukuplah buat drama kahwin paksa, benci lepas itu suka lepas itu kahwin, bergaduh dan akhirnya bahagia hingga ke akhirnya. Sudah tiba masanya untuk produksi drama kita berfikir di luar kotak.

Memang mudah bercakap dari melaksanakan tetapi tidak salah untuk kita mencuba bukan?

Bukan mahu membandingkan drama tempatan dengan drama luar, jauh sekali hendak merendah-rendahkan mana-mana produksi.

Jelas, produksi tempatan sudah membuat yang terbaik dan drama yang dihasilkan adalah untuk memenuhi selera tempatan. Jadi di atas bahu siapa patut kita letakkan tanggungjawab untuk mendidik masyarakat?

Bukan apa, rasanya kalau produksi buat drama tentera yang tidak ada langsung kisah cinta, ada ke peminat nak tonton? Pastinya rating tidak akan mencanak naik sama seperti drama cinta, kan?

Melihatkan reaksi peminat yang menantikan Leftenan Zana, ramai yang mencabar agar drama baharu terbitan JS Pictures itu lari dari landasan tipikal jalan cerita sedia ada.

Poklip pun dalam pada masa yang sama hendak memuji komitmen para pelakon termasuk Tunku Hanis dan ramai lagi yang benar-benar memberi sepenuh jiwa untuk menjayakan drama ini.

Tidak sabar sebenarnya, rasanya mungkin sempena 
bulan kemerdekaan ini drama tersebut akan ditayangkan. Poklip harap sangat, drama tersebut akan membuka mata penonton tentang pengorbanan seorang tentera.

Jangan lagi kita dihidangkan dengan drama yang pelakonnya sekadar memakai uniform tetapi sibuk bercinta sini sana. Sudah banyak kali juga, tersalah fakta. Kan sudah malu jadinya!

SOLOK LADA: Cuba jadi lebih positif dan ambil setiap kritikan sebagai pembina semangat. Niat di hati bukan untuk memperkecil sesiapa tetapi untuk kemajuan industri juga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN