KUANTAN – Ketua Jurulatih Pahang, Dollah Salleh mengakui pasukan bimbingannya masih tercari-cari rentak permainan ketika terikat 1-1 dengan Sabah pada aksi pembukaan Kumpulan D Piala Malaysia di sini malam tadi. Dollah berkata kelemahan di jentera serangan juga menyukarkan skuad Tok Gajah untuk menokok jaringan walaupun memperoleh beberapa peluang keemasan. “Saya perhatikan rentak permainan Pahang selalu hilang di mana kita tidak banyak melakukan pergerakan. Serangan kita pula seperti tiada impak untuk…










