TNB terus komited bantu pelajar kurang berkemampuan - Utusan Malaysia

TNB terus komited bantu pelajar kurang berkemampuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Ogos – Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus komited memberi bantuan kepada pelajar kurang berkemampuan melalui dermasiswa ‘My Brighter Future’. 



Leo Moggie
Leo Moggie

Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie berkata, dermasiswa yang merupakan pertama kali diperkenalkan ini adalah untuk membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan melanjutkan pelajaran.

“Seramai 1,000 orang yang layak melanjutkan pelajaran akan ditaja pada tahun ini yang melibatkan anggaran peruntukan sebanyak 10 juta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia melibatkan penuntut yang menyambung pelajaran di peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dermasiswa tersebut ditawarkan kepada mereka yang melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Yang turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Ir. Azman Mohd. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini