Tipu projek bauksit, dua Datuk mengaku tidak bersalah - Utusan Malaysia

Tipu projek bauksit, dua Datuk mengaku tidak bersalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Dua ahli perniagaan berstatus Datuk dihadapkan di dua Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan menawarkan projek perlombongan bauksit tidak wujud bernilai RM90,000 tiga tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Adam Rao, 48, yang dihadapkan di Mahkamah Majistret 1, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan yang dibacakan keatasnya dihadapan Majistret Nurunaim Abdullah. 

Manakala rakan subahatnya, Syed Mohammad Faiz Syed Azemmat, 31, membuat pengakuan tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Nor Azizah Aling di Mahkamah Majistret 2.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengikut kertas pertuduhan, Muhammad Adam dari Indera Mahkota di sini didakwa memperdaya ahli perniagaan, Tee Boon Hua,59, berhubung tawaran urusan cari gali bauksit dan tanah laterit yang tidak wujud di atas tanah milik Setiausaha Majlis Ugama Islam Pahang sehingga menyebabkan mangsa menyerahkan wang tunai berjumlah RM90,000. 

Manakala, Syed Mohammad Faiz dari Peramu Jaya, Pekan dituduh bersubahat atas kesalahan sama. 

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan pada 10 dan 19 Jun 2015 serta 10 Julai 2015 di dua lokasi berasingan iaitu di Public Bank Jalan Abdul Aziz dan di Pejabat Peguam Tetuan Mohd. Najib and Partners di Jalan Bukit Ubi di sini. 

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun serta dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda, jika disabitkan kesalahan. 

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya, Mohammad Shahrizzat Amadan manakala kedua tertuduh diwakili peguam, Hisham Ramdzan. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN